Flipped Classroom (FC) adalah satu metodologi Pembelajaran Abad Ke-21. Penggunaan teknologi sebagai medium mendapatkan maklumat pembelajaran dan aktiviti kelas yang berpusatkan murid adalah sangat sesuai dengan kaedah pembelajaran murid prasekolah di alaf ini.
FC sebagai metadologi Pembelajaran Abad Ke-21 menjadi kenderaan yang dimuatkan KSPK di dalamnya bagi mencapai outcome iaitu murid yang bersedia ke sekolah (pendidikan formal). FC telah disesuaikan dengan prinsip
pengajaran dan pembelajaran prasekolah yang menekankan pembelajaran melalui
bermain dan aktiviti berpusatkan murid. Oleh itu, pelaksanaan FC bukanlah penghalang kepada pelaksanaan KSPK, malah FC adalah pemudah cara untuk memastikan semua yang dimatlamatkan oleh kurikulum tercapai dengan jayanya.
FC telah dijadikan sebagai satu kaedah untuk meningkatkan kualiti pendidikan prasekolah. Beberapa sekolah yang tidak melepasi standard minimum Standard Kualiti Prasekolah Kebangsaan telah diarah untuk melaksanakan FC. Mereka yang terlibat telah menghantar laporan khas berkenaan pelaksanaan FC. Di sini suka saya berkongsi antara impak yang berlaku di sekolah yang terlibat:
IMPAK FLIPPED CLASSROOM
1.
Flipped Classroom yang
memberikan lebih pilihan aktiviti Pdp, telah meningkatkan minat murid untuk
menjadi aktif dalam aktiviti
pembelajaran. Selain itu, guru memberi lebih peluang dan kepercayaan kepada
murid untuk meneroka aktiviti secara individu atau berkumpulan. Peluang ini
telah membentuk perkembangan dan potensi murid secara holistik.
Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
2.
Selaras
dengan PdP abad ke-21, pembelajaran berpusatkan murid ditekankan. Melalui
konsep Flipped Classroom, guru perlu membuat persediaan dan perancangan PdP yang
teliti dan sistematik. PdP guru memberi ruang dan peluang berfikir kepada
murid berdasarkan tahap dan keupayaan murid. Guru dan Pembantu Pengurusan Murid
(PPM) bertindak sebagai mentor, mendengar idea murid, merangsang minat dan rasa
ingin tahu.
Murid dilatih untuk berfikir
dan menyelesaikan masalah dalam sesuatu aktiviti kumpulan. Kaedah ini juga
mendorong guru untuk membuat refleksi secara konsisten bagi membuat penilaian
dan penambahbaikan aktiviti murid untuk memberikan hasil pembelajaran yang
maksimum.
3.
Flipped Classroom telah
mengalakkan pembelajaran berterusan iaitu persediaan awal yang berlaku di rumah
bersama ibu bapa dan seterusnya kesinambungan pembelajaran berlaku selepas sesi
persekolahan.
Pentaksiran
4.
Pentaksiran yang berlaku di prasekolah adalah
pentaksiran berterusan yang mentaksir murid di sepanjang proses Pdp dan
pentaksiran hasil aktiviti. Pelaksanaan Flipped Classroom membantu
guru membuat pentaksiran dengan lebih objektif dan mudah. Selain itu, guru juga
dapat merekod hasil pentaksiran melalui pemerhatian tingkah laku dan hasil
akhir aktiviti Pdp.
5.
Pelaksanaan
Flipped Classroom mengalakkan interaksi dua hala yang aktif dan tertib.
Aktiviti yang dijalankan mengalakkan murid untuk berinteraksi sesama rakan. Ini
memberi peluang mereka untuk berkongsi pandangan. Mereka juga berupaya untuk
menonjolkan nilai kepimpinan dan menjadikan mereka lebih berkeyakinan diri.
6.
Selain
itu, wujud interaksi positif antara guru dengan PPM, guru dengan pentadbir,
guru dengan ibu bapa dan lain-lain personel di dalam komuniti. Interaksi ini
telah mendorong berlakunya PLC secara positif dan aktif, di mana pihak-pihak
tersebut duduk bersama-sama membincangkan strategi dan kaedah pelaksanaan Flipped
Classroom.
7.
Transformasi
kelas berlaku dengan wujudnya pusat-pusat pembelajaran dan ruang belajar
kelihatan lebih luas dan kondusif.
Fizikal kelas lebih teratur dan memudahkan pergerakan murid. Flipped
Classroom menjadikan susunan perabot tidak statik, berubah
mengikut aktiviti yang di rancang guru. Dekorasi kelas juga telah dikurangkan
dan digantikan dengan hasil kerja murid.
Pusat Pembelajaran yang disarankan dalam FC mempunyai ciri-ciri seperti di atas. Begitu juga dengan Pusat Pembelajaran yang disarankan dalam KSPK. Penjajaran kedua-duanya boleh berlaku dan cadangannya adalah seperti berikut:
Kedua-dua Pusat Pembelajaran boleh berlaku secara serentak dan di sepanjang tahun. Pusat Pembelajaran - Self-directed boleh berlaku sebagai ruang untuk murid melakukan aktiviti bebas dengan menggunakan bahan yang disediakan guru. Aktiviti tersebut dijadikan sebagai ruang untuk murid mengisi masa senggang mereka.
tq maklumat ckgu
ReplyDeletesama-sama
ReplyDeleteAssalamualaikum...cikgu akmar, terima kasih atas perkongsian ilmu. boleh saya hubungi cikgu untuk bertanyakan mengenai FC sebagai perkongsian ilmu?
ReplyDeletewaalaikumussalam ain...semoga terus maju jaya. Terima kasih sudi hadir dalam forum yang lalu
DeleteAlhamdulillah. Terima kasih puan atas perkongsian dan penjelasan mengenai FC di Prasekolah. Semoga FC akan terus berjaya meningkatkan kualiti pendidikan prasekolah .InshaAllah...:-)
ReplyDeleteAlhamdulillah atas perkongsian puan mengenai FC dan menambahkan pemahaman saya mengenainya.
ReplyDeletetq
Alhamdulillah...Rosyati Yusoff guru prasekolah?
Delete