Friday 14 October 2016

Flipped Classroom Prasekolah Siri 6 (A)

Salam...
Kali ini saya akan berkongsi berkenaan pengoperasian FC prasekolah. Contoh-contoh yang saya berikan ini adalah pelaksanaan sebenar di beberapa prasekolah yang telah menjadi kumpulan rintis pada 2015. Mereka sejak tempoh rintis FC sehingga ke hari ini telah melaksanakan FC sebagai metodologi PdP, telah mengalami satu pengalaman berbeza dalam proses PdP. Selain itu, mereka juga telah menyaksikan impak yang sangat memberansangkan dari aspek kemenjadian murid. Pengoperasian FC dikategorikan dengan tiga peringkat iaitu (i) sebelum - merancang mekanisme, (ii) semasa - laksana dan (iii) selepas - reflksi & impak. Penerangannya adalah seperti grafik berikut:

 

Guru perlu teliti merancang strategi dan perkara yang hendak dilaksanakan bagi memastikan objektif pembelajaran tercapai. Guru mesti meneliti tahap kompetensi murid, persekitaran lokasi sekolah, budaya keluarga dan masyarakat setempat, serta sumber-sumber pengajaran dan pembelajaran di sekeliling kelas dan sekolah. Penelitian tersebut adalah sangat penting kerana perancangan yang tepat berdasarkan persekitaran serta budaya setempat membantu kejayaan dalam mencapai objektif pembelajaran. Berikut adalah antara mekanisme yang dilaksanakan oleh guru prasekolah SK Penggu, Kelantan, SK Kelana Jaya 2, Selangor dan SK Bertam Indah, Pulau Pinang.