Saturday 4 February 2017

Flipped Classroom SK Bukit Padang

Prasekolah SK Bukit Padang adalah kelas prasekolah yang paling kerap jadi bahan ujian dalam pelaksanaan FC di peringkat rintis dahulu. Terima kasih Cikgu Mujimah atau lebih mesra saya panggil Cikgu Emma. Beliau sentiasa terbuka untuk mencuba semua saranan saya. Dan, alhamdulillah Cikgu Emma sangat gembira dengan hasil percubaan kami. Apa yang buat saya kagum dengan beliau ialah, Cikgu Emma sentiasa buat lebih daripada apa yang saya sarankan. Oleh kerana kelas beliau yang sering menjadi makmal percubaan, saya mampu untuk berkongsi lebih banyak maklumat dengan pembaca...

Betapa tekun murid ini apabila diberi peluang melakukan perkara yang hanya orang dewasa yang biasa lakukan

Dadih ini mungkin dadih pertama yang murid ini pernah buat...dan pengalaman ini akan terpahat
 dalam ingatannya sehingga dewasa

Murid diberi peluang membuat biskut raya...

Penulisan kreatif ini berjaya dihasilkan murid pada bulan Jun 2015 (tahun FC dirintis). Siapa sangka pada bulan Jun, murid mampu menghasilkan sebuah karangan sebegini. Mereka melalui pengalaman yang menarik menerusi aktiviti berpusatkan murid, sudah pasti mereka seronok untuk berkongsi rasa...

Ketika pertama kali saya berkongsi dengan rakan gambar ini, ada yang mengatakan kelas ini adalah sebuah kelas tadika di luar negara atau pun tadika swasta yang mengenakan yuran beratus ringgit.

Susunan perabot sebegini memberikan suasana penyediaan ruang pembelajaran yang jelas, teratur dan bebas pergerakan

Murid prasekolah diperkenalkan kaedah saintifik sejak awal tahun apabila mereka didedahkan dengan aktiviti bercucuk tanam. Mereka juga dibimbing untuk membuat pemerhatian dan mencatat dapatan pemerhatian di jadual yang disediakan...HEBAT!!!

Apabila berbudi dengan tanah...saat gembira menuai hasil...mereka langsung bermain jual beli
dengan hasil tuaian kebun mereka


































Bahagian Pengurusan Sekolah Harian dengan kerjasama Bahagian Teknologi Pendidikan telah membuat rakaman FC di SK Bukit Padang. Diharapkan video ini dapat membantu rakan guru memahami tentang pelaksanaan FC.




Flipped Classroom SK Kelana Jaya 2

Agak lama juga saya tidak berkongsi maklumat tentang FC...tuntutan kerja telah tidak memberi ruang kepada saya untuk duduk santai mengemas kini perkongsian. Kali ini saya ingin berkongsi keseronokan murid SK Kelana Jaya melalui hari-hari mereka di sekolah. Gambar-gambar ini insyaAllah mampu berbicara dan memberikan seribu cerita indah... 

Saya sangat suka dengan cara rakan saya Cikgu Jalilah di SK Kelana Jaya 2 menyusun atur kelasnya. Pada saya beliau seorang yang menampilkan konsep "Less Is More". Kelas prasekolah SK Kelana Jaya 2 ini tidak begitu besar, nak mengadakan pusat pembelajaran sangat sukar kerana dalam pemikiran kita untuk menyediakan beberapa pusat pembelajaran pada suatu masa perlukan ruang yang luas. Tetapi Cikgu Jalilah telah membukti tanggapan kita kurang tepat. Susun atur perabotnya mampu menghasilkan pusat pembelajaran yang bermakna. Beliau tidak hanya menggunakan ruang dalam kelas sebagai pusat pembelajaran, ruang di luar kelas dan taman di sekeliling kelas juga diolah menjadi pusat. Dan...paling utama, susun atur perabot adalah bergantung kepada keperluan pelaksanaan aktiviti yang dirancang.

Ruang kecil kelihatan luas apabila diolah dengan bijak

Kaunter jual beli ini sangat menarik minat saya. Cikgu Jalilah peka dengan keperluan penguasaan kemahiran abad ke-21 untuk diterapkan dalam diri murid

Cermin 'stylo' ikea mampu menambah keluasan kelas...

Ruang penyimpanan yang juga 'stylo' memang jadikan kelas moden...saya suka bekas 'marker' dan pen di bawah papan putih

Rak tidak lagi menjadi ruang penyimpanan BBM yang tidak terpakai, tetapi rak adalah ruang bahan yang akan
 digunakan semasa aktiviti. Murid secara tidak langsung dididik untuk berdisiplin mengambil dan menyimpan
 semula alatan yang digunakan di ruang yang disediakan. Tugas mendidiplinkan murid menjadi tidak sukar kerana ia berlaku secara tidak langsung,..

Siapa kata mobile tidak  boleh digantung dan dinding tidak boleh bertampalan, bintang dan backdrop membuatkan kelas kelihatan nyaman dan bertepatan dengan keperluan aktiviti semasa...

Saya juga ingin berkongsi salah satu 'project-based activity' yang pada saya sangat berjaya di SK Kelana Jaya. Projek Cokelat... Saya dimaklumkan projek ini berlangsung selama 2 bulan. Bermula dengan ibu bapa membantu anak-anak mengenali pokok koko sehinggalah mereka mengadakan lawatan ke kilang cokelat dan menganjurkan karnival cokelat pada hujung tahun lepas.

Tanpa keberanian untuk berkreatif dan melakukan projek yang sangat mencabar ini, murid prasekolah SK Kelana Jaya 2 dengan bimbingan Cikgu Jalilah dan Pembantu Pengurusan Murid (maaf saya lupa namanya) mungkin tidak akan pernah mencuba untuk melakukan apa-apa aktiviti yang di luar daripada kebiasaan mereka.

Gambar-gambar di bawah seharusnya mampu menceritakan perjalanan 2 bulan mereka.










Saya sangat kagum dengan kemampuan anak-anak ini membuat promosi karnival cokelat mereka...tahniah kepada Cikgu Jalilah, PPM dan ibu bapa mereka. Siapa sangka murid prasekolah mampu lakukan ini...


Jangan tak percaya...murid prasekolah menjual sendiri cokelat yang mereka sediakan...HEBAT!!!