Saturday 4 February 2017

Flipped Classroom SK Bukit Padang

Prasekolah SK Bukit Padang adalah kelas prasekolah yang paling kerap jadi bahan ujian dalam pelaksanaan FC di peringkat rintis dahulu. Terima kasih Cikgu Mujimah atau lebih mesra saya panggil Cikgu Emma. Beliau sentiasa terbuka untuk mencuba semua saranan saya. Dan, alhamdulillah Cikgu Emma sangat gembira dengan hasil percubaan kami. Apa yang buat saya kagum dengan beliau ialah, Cikgu Emma sentiasa buat lebih daripada apa yang saya sarankan. Oleh kerana kelas beliau yang sering menjadi makmal percubaan, saya mampu untuk berkongsi lebih banyak maklumat dengan pembaca...

Betapa tekun murid ini apabila diberi peluang melakukan perkara yang hanya orang dewasa yang biasa lakukan

Dadih ini mungkin dadih pertama yang murid ini pernah buat...dan pengalaman ini akan terpahat
 dalam ingatannya sehingga dewasa

Murid diberi peluang membuat biskut raya...

Penulisan kreatif ini berjaya dihasilkan murid pada bulan Jun 2015 (tahun FC dirintis). Siapa sangka pada bulan Jun, murid mampu menghasilkan sebuah karangan sebegini. Mereka melalui pengalaman yang menarik menerusi aktiviti berpusatkan murid, sudah pasti mereka seronok untuk berkongsi rasa...

Ketika pertama kali saya berkongsi dengan rakan gambar ini, ada yang mengatakan kelas ini adalah sebuah kelas tadika di luar negara atau pun tadika swasta yang mengenakan yuran beratus ringgit.

Susunan perabot sebegini memberikan suasana penyediaan ruang pembelajaran yang jelas, teratur dan bebas pergerakan

Murid prasekolah diperkenalkan kaedah saintifik sejak awal tahun apabila mereka didedahkan dengan aktiviti bercucuk tanam. Mereka juga dibimbing untuk membuat pemerhatian dan mencatat dapatan pemerhatian di jadual yang disediakan...HEBAT!!!

Apabila berbudi dengan tanah...saat gembira menuai hasil...mereka langsung bermain jual beli
dengan hasil tuaian kebun mereka


































Bahagian Pengurusan Sekolah Harian dengan kerjasama Bahagian Teknologi Pendidikan telah membuat rakaman FC di SK Bukit Padang. Diharapkan video ini dapat membantu rakan guru memahami tentang pelaksanaan FC.




5 comments:

  1. Terbaik cikgu Mujimah.....Dapat dijadikan panduan dalam pelaksanaan fc .

    ReplyDelete
  2. Assalam puan Nor Akmar
    Adakah sekolah-sekolah amanah tidak boleh melaksanakan flipped classroom?
    ada dikalangan pengurusan sekolah yang berkenaan tidak mahu menerima kaedah ini kerana melalui pemahaman "beliau", untuk sekolah Amanah sudah ada modul yang tersendiri dan dilatih oleh konsultan yang berkenaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam En Azwadi...
      Pertama sekali kita perlu faham bahawa FC adalah suatu kaedah pembelajaran abad ke-21. Ia bukanlah program seperti program sekolah amanah. Guru seharusnya berupaya untuk memilah kaedah mana yang mereka rasakan sesuai bagi proses P&P mereka. FC diperkenalkan sebagai satu kaedah yang boleh disesuaikan dengan keperluan kurikulum standard prasekolah kebangsaan di mana pelibatan ibu bapa adalah sangat penting dalam perkembangan kanak-kanak. FC yang diperkenalkan ini adalah berteraskan prinsip "Learn Before Learn". Ia bermaksud murid didedahkan terlebih dahulu dengan sedikit kandungan pembelajaran yang akan mereka pelajari sebelum mereka datang ke sekolah. Pendedahan pengetahuan tersebut dilakukan oleh ibu bapa di rumah dengan pemakluman dan komunikasi berkesan antara guru dan ibu bapa / penjaga. Bagi memastikan prinsip Learn Before Learn ini berlaku dengan kemas dan berkesan, guru perlu merancang standard kandungan, standard pembelajaran dan standard prestasi yang perlu dikuasai oleh murid. Selepas itu, merancang aktiviti yang berpusatkan murid yang melibatkan proses bersama-sama ibu bapa di rumah (sebelum ke sekolah dan selepas belajar di sekolah) yang akan membolehkan murid mencapai objektif pembelajaran. Apabila guru telah berjaya merancang semua perkara dengan baik, pemakluman kepada ibu bapa perlu berlaku bagi mendapatkan kerjasama ibu bapa. Apabila murid telah mendapat pendedah awal tentang pengetahuan yang patut mereka ada, proses P&P akan berlaku dengan lancar dan murid akan lebih terlibat secara aktif.

      Berbalik kepada persoalan asal, pelaksanaan FC sebagai satu kaedah di sekolah amanah saya rasakan tidak mengganggu proses P&P di sekolah tersebut. Ini adalah kerana jika guru mengadaptasi FC dalam proses P&P, prasekolah tersebut tidak seharusnya dilabelkan sebagai suatu label yang berbeza. Prasekolah tersebut masih terlibat dengan Program Sekolah Amanah, dan memilih kaedah pedagogi Abad Ke-21 iaitu Flipped Classroom yang telah dimodifikasi sesuai dengan keperluan KSPK.

      Saya berharap penjelasan saya dapat membantu En Azwadi lebih memahami apa yang dimaksudkan FC sebagai satu kaedah pedagogi Pembelajaran Abad Ke-21.

      Terima kasih kerana memilih ruang in untuk bertanya.

      Delete
  3. Terima kasih atas penjelasan. Saya akan berkongsi jawapan ini dengan pengurusan Sekolah-sekolah Amanah

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Puan Akmar. Bagaimana saya boleh berhubung dengan puan. kerana saya ingin menjalankan kajian tentang flipped classroom ini terhadap guru prasekolah.

    ReplyDelete