Tuesday 11 October 2016

Flipped Classroom Prasekolah Siri 3

Salam...
Ok di Siri 3 ini saya akan berkongsi dengan lebih berfokus tentang Flipped Classroom Prasekolah yang telah dimulai dengan sesi rintis ke 10 buah sekolah pada tahun 2015. Sekolah-sekolah rintis tersebut akan saya kongsi kejayaan mereka dalam siri-siri yang seterusnya. Mereka juga yang akan menjadi contoh rujukan dalam perkongsian saya.

Ramai yang bertanya kenapa perlu lakukan Flipped Classroom? Kaedah yang digunakan sekarang tiada kurangnya. Murid tiada masalah besar yang memerlukan kaedah bertukar ganti.Tetapi sebagai guru, kita kena sedar bahawa murid-murid yang berada di prasekolah sekarang adalah mereka yang akan berhadapan dengan pelbagai cabaran masa hadapan di abad ke-21 ini. Murid-murid ini perlu menguasai kemahiran abad ke-21 yang menekankan kemahiran berbincang (negotiation skills), kemahiran menyakinkan (convincing skills), kemahiran keusahawanan (entrepreneurships) dan juga kesukarelawan (volunteerism). Berdasarkan keperluan yang tersebut, perubahan dari aspek pendekatan PdP mesti berlaku. Flipped Classroom menggalakkan perkara berikut berlaku:
Menyokong pembelajaran yang tidak terhad kepada ruang bilik darjah sahaja
* Mengalakkan murid menjadi lebih bertanggungjawab kepada pembelajaran mereka 
Tempoh P&P boleh dimanfaatkan untuk meningkatkan kefahaman murid melalui aktiviti pembelajaran yang aktif dan menyeronokkan
Guru boleh mentaksir murid semasa dan selepas aktiviti berlaku berdasarkan proses dan hasil akhir aktiviti
Pelibatan ibu bapa dalam proses pembelajaran berlaku dengan aktif
 
 
 
Perancangan PdP Flipped Classroom Prasekolah perlu dilakukan dengan teliti. Guru perlu mengenali latar belakang murid, pendedahan yang murid-murid lalui daripada persekitaran mereka, kesediaan ibu bapa untuk untuk membantu proses PdP dan sumber yang ada dalam kawalan dan persekitaran murid yang boleh digunakan sebagai bahan bantu mengajar dengan pernuh kreativiti dan inovasi.
 

1 comment:

  1. KADAKI Online Casino in Khandan, India - KADAKI Online
    KANDAKI Online septcasino Casino in Khandan, งานออนไลน์ India - KADAKI Online Casino in Khandan, India. Deposit, 온카지노 withdraw, play online casino games, win real money!

    ReplyDelete