Wednesday 12 October 2016

Flipped Classroom Prasekolah Siri 4

SPI Bil. 9 Tahun 2010 telah menggariskan penggunaan bahasa instruksional megikut jumlah jam yang ditentukan, prasekolah di Sekolah Kebangsaan memperuntukan 600 minit/seminggu Bahasa Malaysia sebagai bahasa instruksional dan 600 minit/seminggu Bahasa Inggeris sebagai bahasa instruksional. Guru prasekolah adalah guru yang dilatih sebagai seorang profesional dengan opsyen Prasekolah. Realitinya ramai di antara guru prasekolah kurang menguasai atau kurang yakin dengan kemahiran berbahasa Inggeris mereka. Berdasarkan kepada realiti tersebut, dicadangkan pentadbir sekolah memberi sokongan kepada guru prasekolah dengan melantik mentor Bahasa Inggeris kepada guru prasekolah. Mentor berperanan sebagai motivator kepada guru prasekolah untuk menjadi yakin bertutur dalam bahasa Inggeris. Selain itu, mentor juga perlu menjadi sumber rujukan guru prasekolah bagi perkara yang berkaitan keperluan berbahasa inggeris. Pihak pentadbir perlulah mengiktiraf peranan mentor Bahasa Inggeris sebagai pnghargaan kepada guru Bahasa Inggeris membantu peningkatan kualiti prasekolah.
 
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment