Wednesday, 23 August 2017

Contoh-Contoh Aktiviti Pusat Pembelajaran 1

Salam...

Sudah agak lama saya tidak berkongsi tentang FC Prasekolah. Sukacita saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan bahawa di dalam Pelaporan Setengah Tahun Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia bagi tahun  2017, FC Prasekolah telah diberi pengiktirafan oleh Menteri Pendidikan. Saya ucapkan tahniah kepada rakan-rakan yang telah memahami cara dan melaksanakan FC Prasekolah dengan baik.

Entri pada kali ini saya ingin berkongsi beberapa gambar tentang contoh perancangan aktiviti yang boleh disediakan di Pusat Pembelajaran dalam kelas. 3 aktiviti serentak yang disaran dalam pelaksanaan pedagogi FC adalah aktiviti yang berstruktur, iaitu aktiviti yang dirancang oleh guru dan terdapat arahan dalam melakukan aktiviti tersebut. Aktiviti-aktiviti ini sesuai dilakukan di sesi AP. Aktiviti yang dirancang mesti mampu dilakukan dengan jayanya oleh semua murid. Aktiviti yang sama boleh dikekalkan sehingga semua murid mencapai objektif yang dihasratkan dalam Ramcangan Pengajaran Harian guru.

Pusat Pembelajaran yang digariskan dalam Dokumen KSPK ialah pusat pembelajaran yang bersifat selr-directed learning, murid bebas untuk pergi ke pusat tersebut pada bila-bila masa untuk menghasilkan apa sahaja produk dengan menggunakan bahan yang disediakan oleh guru. Namun begitu, produk yang dihasilkan oleh murid dengan menggunakan bahan yang disediakan guru seharusnya berupaya menggambarkan penguasaan Standard Pembelajaran yang ditetapkan oleh guru.


Kadang-kala terlalu panjang lebar penjelasan bertulis tidak membantu kefahaman, oleh itu saya terjemahkan dalam bentuk grafik di bawah.

Perbesaan objektif bagi keduanya adalah berbeza, walau bagaimanapun keduanya adalah saling melengkapi dalam proses PdP.

Grafik menunjukkan kedua-dua jenis pusat pembelajaran boleh wujud secara serentak, malah keduanya saling lengkap-melengkapi. Penerapan nilai positif dan displin dapat berlaku secara neutral.

Saya suka untu mengesyorkan Pusat Pembelajaran ini dijadikan sebagai "Fillers" kepada proses P&P. Maksudnya, murid yang telah selesai dengan aktiviti yang dirancang guru, boleh memilih dan melakukan aktiviti di dalam Pusat Pembelajaran yang disediakan. Guru tidak perlu menyediakan satu tempoh masa tertentu, tetapi murid boleh secara bebas untuk memilih Pusat Pembelajaran yang mereka suka selepas mereka selesai melakukan aktiviti yang dirancang guru secara berstruktur. Rasionalnya ialah, dengan tersedianya Pusat Pembelajaran yang menarik, murid akan menjadi sangat berminat untuk melakukan aktiviti menggunakan bahan yang telah disediakan oleh guru di pusat yang ditetapkan. Murid akan mempunyai ruang dan peluang untuk meneroka dan melalui pengalaman pembelajaran pada kadar kemampuan mereka.

Antara contoh yang dapat saya kongsikan ialah seperti gambar di bawah:















Selamat Mencuba....

Saturday, 4 February 2017

Flipped Classroom SK Bukit Padang

Prasekolah SK Bukit Padang adalah kelas prasekolah yang paling kerap jadi bahan ujian dalam pelaksanaan FC di peringkat rintis dahulu. Terima kasih Cikgu Mujimah atau lebih mesra saya panggil Cikgu Emma. Beliau sentiasa terbuka untuk mencuba semua saranan saya. Dan, alhamdulillah Cikgu Emma sangat gembira dengan hasil percubaan kami. Apa yang buat saya kagum dengan beliau ialah, Cikgu Emma sentiasa buat lebih daripada apa yang saya sarankan. Oleh kerana kelas beliau yang sering menjadi makmal percubaan, saya mampu untuk berkongsi lebih banyak maklumat dengan pembaca...

Betapa tekun murid ini apabila diberi peluang melakukan perkara yang hanya orang dewasa yang biasa lakukan

Dadih ini mungkin dadih pertama yang murid ini pernah buat...dan pengalaman ini akan terpahat
 dalam ingatannya sehingga dewasa

Murid diberi peluang membuat biskut raya...

Penulisan kreatif ini berjaya dihasilkan murid pada bulan Jun 2015 (tahun FC dirintis). Siapa sangka pada bulan Jun, murid mampu menghasilkan sebuah karangan sebegini. Mereka melalui pengalaman yang menarik menerusi aktiviti berpusatkan murid, sudah pasti mereka seronok untuk berkongsi rasa...

Ketika pertama kali saya berkongsi dengan rakan gambar ini, ada yang mengatakan kelas ini adalah sebuah kelas tadika di luar negara atau pun tadika swasta yang mengenakan yuran beratus ringgit.

Susunan perabot sebegini memberikan suasana penyediaan ruang pembelajaran yang jelas, teratur dan bebas pergerakan

Murid prasekolah diperkenalkan kaedah saintifik sejak awal tahun apabila mereka didedahkan dengan aktiviti bercucuk tanam. Mereka juga dibimbing untuk membuat pemerhatian dan mencatat dapatan pemerhatian di jadual yang disediakan...HEBAT!!!

Apabila berbudi dengan tanah...saat gembira menuai hasil...mereka langsung bermain jual beli
dengan hasil tuaian kebun mereka


































Bahagian Pengurusan Sekolah Harian dengan kerjasama Bahagian Teknologi Pendidikan telah membuat rakaman FC di SK Bukit Padang. Diharapkan video ini dapat membantu rakan guru memahami tentang pelaksanaan FC.