Entri kali ini saya berkongsi gambar-gambar pelaksanaan Flipped Classroom di beberapa prasekolah. Semoga perkongsian gambar ini membantu meningkatkan kefahaman anda yang membaca blog ini.
Gambar-gambar berikut ialah prasekolah dari SK Bertam Indah, Seberang Prai,
Pulau Pinang.
Assalam Pn. Akmar. Boleh saya tahu macamana keperluan susunan dalam kelas dan hiasan dalam kelas? Perlu ke diturunkan semua BBM yang ditampal sebelum ini di prasekolah? Bagaimana penggunaan warna cat di dalam kelas? Saya sedang mencari maklumat tentang persediaan untuk flipped classroom tetapi masih kabur. sebelum ini, saya mendapat maklumat tentang penggunaan cat pastel, bbm tidak perlu ditampal tetapi secara hitam putihnya saya tidak perolehi lg berkenaan maklumat tersebut. semuanya masih masih kabur dan menjadi tanda tanya.. harap Pn. Akmar dapat membantu. Terima kasih.
ReplyDeleteWalaikumussalam ila rose.
DeleteTerima kasih kerana sudi bertanya.
Susunan di dalam kelas:
1. kenali ruang kelas anda dahulu. kaji keluasan kelas. ruang dalam kelas yang paling utama perlu diadakan ialah ruang untuk 'circle time'. ruang ini perlu luas kerana murid akan duduk di ruang tersebut. ruang untuk 'circle time' boleh juga berfungsi sebagai ruang aktiviti fizikal sekiranya cuaca tidak mengizinkan murid berada di luar kelas. selain itu, pusat yang perlu ada ialah sudut bacaan yang menempatkan semua buku yang boleh dijadikan bahan bacaan murid. pusat pembelajaran yang lain adalah terpulang kepada keperluan atau fokus yang hendak dititik beratkan oleh guru berdasarkan keperluan murid. pusat pembelajaran untuk pelaksanaan 3 aktiviti serentak perlu kepada penyediaan pusat pembelajaran yang lebih luas bagi pergerakan murid secara berkumpulan dalam sesuatu pusat pada masa yang sama. susunan perabot (rak buku atau lain-lain rak) diolah kepada susunan yang jelas membentuk pusat pembelajaran.
2. Cat dinding adalah warna yang mampu memberi ketenagan dan menggalakkan daya kreativiti. Warna pastel adalah suatu warna yang mampu memberi ketenangan kepada mental dan emosi. tetapi sekiranya cat di dinding pada waktu semasa masih elok dan sesuai, guru tidak perlu mengecatkan keseluruhan dinding.
3. Tampalan BBM. Guru boleh menampal BBM di dalam kelas, tetapi setiap BBM yang ditampal perlukan BBM yang membei makna dan berkesan kepada tercapainya objektif pembelajaran. Sekiranya murid cikgu telah kenal dan faham abjad pada bulan april, adakah tampalan huruf ABC hingga Z, masih relevan untuk dibiarkan tertampal di dinding? Adalah lebih baik, dinding di dalam kelas ditampal dengan pameran hasil kerja murid. tampalan hasil kerja murid dapat memberikan impak kepada kemenjadian murid.
Saya berharap ida rose telah lebih jelas dan selamat melaksanakan 'Flipped Classroom'